Langkawi, 13 Jun 2023 – Bahagian Teknologi Maklumat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan Program Transfer of Technology Kursus Reka Slaid Kreatif bertempat di Dewan Besar, Kompleks LADA. Program ini disertai oleh 30 peserta dan telah diadakan selama dua hari bermula pada 12 Jun 2023 hingga 13 Jun 2023. Kursus ini telah disampaikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dari Sifoo.com iaitu Encik Imran bin Abdul Jabar.

Melalui program ini peserta telah diberi pendedahan dan bimbingan tentang penggunaan Microsoft PowerPoint secara mendalam untuk menghasilkan slaid persembahan yang lebih kreatif dan dinamik. Para peserta juga diberi panduan mengenai teknik menjana idea serta pemilihan warna yang sesuai dengan persembahan. Tips dan tricks rekabentuk turut dikongsi bagi memudahkan penyediaan slaid kreatif.

Kursus ini adalah salah satu inisiatif di bawah Program Pemantapan Kompetensi Digital yang dirancang dalam Pelan Strategik Pendigitalan LADA 2022-2026.