Persatuan Pengkalan Nelayan Sg. Kuah telah menganjurkan Kejohanan Memancing Langkawi Cup Fishing Tournament 2022 pada 31 Disember 2022, bertempat di Taman Lagenda Langkawi.

Seramai 217 peserta telah menyertai kejohanan ini menggunakan 36 buah bot. Berikut adalah nama-nama pemenang bagi 4 kategori yang dipertandingkan:
– Individu Ikan Terberat:
1. Satri Bin Othman
2. Muhammad Rizal Abd Razak
3. Mohd Rafizi
– Individu Ikan Terbanyak:
1. Roslan Jaafar
2. Mohd Fazrol Nordin
3. Azim Ahmad
– Kumpulan Ikan Terbanyak:
1. Muhd. Nasrullah
2. Azuan Ahmad
3. Mohd Fazrol Nordin
– Tekong Terbaik:
1. Muhd. Nasrullah
2. Zulizzi Abd Rashid
3. Azrol Mohd Ailyas

Selain itu, terdapat beberapa acara sampingan yang turut diadakan seperti pertandingan memasak, sepak raga tuju, pemeriksaan kesihatan, senamrobik dan pameran/jualan barangan memancing.