Program santai bersama komuniti siri-3 telah diadakan pada 11 October 2023 bertempat di Crab Farm, Kubang Badak. Program tersebut telah dihadiri oleh 40 orang wakil persatuan dan komuniti kawasan Ayer Hangat (Tanjung Rhu, Ewa, Kubang Badak, Kilim dan Teluk Ewa). Selain itu, pihak Kompleks Kraftangan Langkawi serta usahawan di bawah agensi tersebut turut dijemput. Persatuan homestay KEDA, Persatuan Penanam Nenas Daerah Langkawi & USAHANITA juga turut serta dalam sesi santai bersama komuniti ini.

Program ini turut disertai oleh YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal Bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan), Tuan Ahmad Fuad bin Abd Ghani Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Pengurus DMO dan UKK LADA serta kakitangan kedua unit tersebut.

Maklumat lanjut di ruangan komen

Usahanita Langkawi
#programsantaikomuniti
#lada
#ladabersamakomuniti
#langkawibangkit
#lembagapembangunanlangkawi
#crabfarmlangkawi