Pada 18 November 2023 (Sabtu) – LADA telah menganjurkan sambutan Hari Mahsuri dengan kerjasama Panorama Langkawi Sdn Bhd bertempat di Rumah Jebat.

Sambutan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan Goi Kerabu, Persembahan Muzikal Tradisional, Nyanyian Lagu Tradisional, Pameran Keris, Persembahan Silat. Majoriti peserta telah memperagakan busana tradisional Melayu yang indah terutamanya daripada Persatuan Penggiat Budaya Warisan Langkawi.

Ucapan perasmian telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Azmil Munif Mohd. Bukhari, Pengurus Bahagian Pelancongan LADA. Tahniah kepada kumpulan Seputih Mahsuri (juara), Mak Mak Meletop (naib juara) Mazlina Tradisional Corner (tempat ketiga) dan semua pemenang hadiah saguhati. Turut memeriahkan juga adalah showcase menu legenda Mahsuri daripada hotel Bella Vista Langkawi Resort And Spa, Goldsands Hotel Langkawi Mercure Langkawi Pantai Cenang dan Rumah Makan Jebat

Terima kasih tidak terhingga kepada semua persatuan, komuniti, agensi kerajaan, hotel, NGO dan lain-lain.