Tourism Malaysia dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan Sambutan Meraikan Kedatangan Pelancong Ke Langkawi Sempena VM2020. Program yang diadakan secara serentak disemua 22 pintu masuk seluruh Malaysia ini adalah bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pelancong yang tiba ke Langkawi pada 1 Januari 2020.

Pada sebelah pagi, sambutan ini diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan pada sebelah petang di Jeti Penumpang, Kuah.

Program ini turut melibatkan sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, yang telah dihadiri oleh En Saidi Bin Bundan, Pengarah Bahagian Sumber Manusia Tourism Malaysia, Tuan Haji Zepri Bin Saad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan) LADA dan Encik Jefry Ramli, Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.