4 Januari 2024 (Khamis) – MasyaAllah Tabarakallah, hampir 2,000 jemaah yang terdiri daripada para pelajar, ibu bapa, warga pendidik hadir mengimarahkan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana Sempena Peperiksaan SPM dan STPM 2023/2024 bertempat di Masjid Jamek Al-Qodim, Ulu Melaka, Langkawi.

Majlis ilmu ini merupakan kerjasama strategik LADA, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi dan Masjid Jamek Al-Qodim. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan YBrs. Tuan Haji Mohd Kamal bin Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi.

Buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM, semoga maju jaya lakukan yang terbaik buat diri sendiri, ibu bapa, agama, bangsa dan negara. InsyaAllah anda akan beroleh kejayaan yang amat cemerlang.

“In order to succeed, we must first believe that we can” – Nikos Kazantzakis