12 – 13 Disember 2023 (Selasa & Rabu) – Program komuniti berkonsepkan summer camp ini diadakan untuk memberi pendedahan awal serta persediaan kepada pelajar Langkawi untuk menempuhi kehidupan sebenar selepas tamat alam persekolahan. Pelbagai pengisian aktiviti disediakan kepada para pelajar untuk meningkatkan disiplin para pelajar dan mengenal pasti potensi diri dalam membuat tindakan yang lebih rasional selain menjadikan pelajar di Langkawi yang terbaik dari segi akademik, pengurusan emosi dan sahsiah diri.

Program kerjasama strategik antara LADA bersama MBJ LADA dan Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi (PPD) Langkawi melibatkan 40 orang pelajar sekolah menengah sekitar Langkawi yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 12 – 14 Disember 2023 bertempat di Bella Vista Waterfront, Pekan Kuah.

Antara sekolah yang terlibat adalah SMK Mahsuri, SMK Tunku Putra, SMK Kedawang, SMK Ayer Hangat, SMK Kelibang, SMK Langkawi dan Maktab Mahmud Langkawi.