Sukarelawan LADA yang terdiri daripada kakitangan jabatan ini bertungkus lumus bagi membantu Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langkawi dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan Badminton Kompleks Sukan Langkawi (KSL).

Senario ini membayangkan betapa gigihnya usaha kerajaan untuk membendung penularan wabak ini yang telah menjejaskan kesihatan dan kehidupan normal rakyat sebagaimana yang pernah dinikmati sebelum ini.

Dalam tempoh pemberian vaksin ini, peranan sukarelawan LADA lebih tertumpu kepada membantu komuniti Langkawi yang terdiri daripada warga emas. Sukarelawan LADA turut mengendalikan urusan kemudahan pengangkutan bagi penerima vaksin yang mempunyai kesukaran untuk hadir ke PPV selain mempermudahkan urusan sepanjang proses pemberian vaksin oleh PKD Langkawi.

Semoga usaha kecil ini dapat meringankan beban dan membantu menyumbang kepada kejayaan bagi mencapai sebuah imuniti kelompok di Pulau Langkawi.

#kitajagalangkawi
#jomvaksin
#sukarelawanladagagah
#patuhiSOP
#kitamestimenang
#langkawisejahtera
#PKDLangkawi&LADA
#Langkawikearahimunitikelompok