Sesi ‘clock out’ yang terakhir bagi YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif yang telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mulai 7 Februari 2023.

Hari terakhir beliau di LADA dimulakan dengan Sesi Perjumpaan Khas bersama Warga LADA berserta amanat dan pesanan terakhir turut diberi. Turut hadir wakil-wakil dari anak syarikat LADA.

Rakaman setinggi-tinggi penghargaan atas kepimpinan, jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama ini. Semoga YBrs. Tuan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam rahmat Allah S.W.T.

Selamat Maju Jaya.

#berkhidmatuntuknegara
#BIP