Dialog ini bertujuan untuk mengenalpasti isu isu yang dihadapi oleh PKS Langkawi terutamanya berkaitan dengan pemulihan pasca pandemik. Sesi ini di mulakan dengan taklimat dari pihak BNM berkenaan keadaan ekonomi semasa dan ekosistem pembiayaan kewangan untuk PKS

Seramai hampir 50 pemain industri dari pelbagai sektor yang hadir bersama berkongsi cabaran, pandangan, rekomendasi dan isu isu berkaitan

Pihak BNM diwakili oleh Assistant Gabenor Tuan Suhaimi Ali dan LADA turut diwakili oleh Cik Waffa Wahida Pengurus Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan