16 Januari 2024 (Selasa) – YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi turun padang ke Sesi Penyerahan Projek Kecil Komuniti di Sekolah Menengah Agama Al Baqiyatussolihat (SMART).

Bantuan projek kecil komuniti kepada pihak SMART ini merangkumi pembelian dan pemasangan karpet baharu di dewan sekolah bagi kegunaan para pelajar sekolah dan warga pendidik.

Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Bahari bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Tadbir SMART, Encik Yusuf bin Ismail, Pengetua Sekolah, Pengurus Bahagian Pelancongan, Ketua Unit UKK dan pegawai-pegawai Bahagian Perancang, Terknikal serta UKK LADA.

Semoga dengan bantuan kecil ini dapat memberi impak dan manfaat serta keselesaan kepada semua warga SMART dalam semua aktiviti dan himpunan di dewan ini.

Sekolah Menengah Agama Al-Baqiyatussolihat SMART #ProjekKecilKomuniti #LADA #KitaJagaLangkawi #DemiLangkawi #KitaJagaKita