15 Mac 2023, Langkawi – Peserta-peserta Green Customs Guide to Multilateral Environment Agreement telah mengadakan lawatan berobjektif ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi mendapatkan perkongsian tentang pembangunan pelancongan Pulau Langkawi.

Lawatan ini diketuai oleh En. Mohd Sanusi bin Ab Aziz, Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Langkawi yang hadir bersama 25 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kastam negara Asia Pasifik yang menyertai bengkel anjuran WCO di Langkawi yang bermula pada 13 Mac 2023.

Taklimat kepada delegasi disampaikan oleh En. Mohd Tarmizi bin Mohamad Tajuddin, Penolong Pengurus Kanan, Bahagian Pelancongan LADA.