Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan Sesi Taklimat Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 kepada 150 orang kakitangan agensi/jabatan kerajaan di Langkawi bertempat di Auditorium, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Cawangan Langkawi pada 30 Januari 2020 jam 9.00 pagi – 11.00 pagi. Sesi taklimat ini bertujuan memberikan kefahaman yang jelas kepada agensi/jabatan di Langkawi tentang visi dan misi WKB 2030 supaya ianya dapat dihayati dan diterjemahkan dalam perancangan, pelan tindakan dan fungsi jabatan/agensi di Langkawi. Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Hezri Bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan sesi taklimat ini telah disampaikan oleh En Halif Dzurhan Bin Ismail daripada Kementarian Hal Ehwal Ekonomi.