6 Januari 2024 (Sabtu) – Lembaga Pembangunan Langkawi dengan kerjasama Syarikat Orion Elektronik Sdn. Bhd. telah menganjurkan Program Sukan Komuniti Langkawi dan Elektronik Fair 2024 bertempat di Kompleks Sukan Langkawi bermula 4 hingga 6 Januari 2024.

Sukan komuniti ini telah berlangsung selama 3 hari dengan pelbagai aktiviti sukan di antaranya adalah pertandingan futsal, bola jaring dan pertandingan mewarna kanak-kanak.

Tujuan penganjuran program komuniti ini adalah bertujuan untuk merapatkan ukhwah masyarakat Langkawi di samping memberi peluang kepada penduduk Langkawi untuk membeli barangan perkakasan rumah pada harga yang murah.

Malam kemuncak program telah diadakan pada 6 Januari 2024 dengan acara cabutan bertuah kepada pengunjung sepanjang berlangsungnya program ini. Antara tetamu khas yang hadir pada malam tersebut ialah Puan Nordiana bt Nordin, Timbalan Pengurus Bahagian Pelancongan, LADA dan Tn. Hj. Zulkifli bin Abdullah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi, Pejabat Daerah Langkawi.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan Affin Bank atas tajaan hadiah pertandingan mewarna kanak-kanak.

#ladadankomuniti #sukanmenyatumasyarakat #lembagapembangunanlangkawi #orionelectronicsdnbhd #pembangunansosial