Langkawi, 15 Oktober 2021 – Tidak kurang daripada 50 rakan media dan pegawai penerangan telah menghadiri ‘Sunset Dinner’ di Hotel Goldsands pada hari ini. Program ini adalah bagi meraikan wakil media dari Kuala Lumpur yang mengadakan Program Kembara Media Bersama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain itu, program ini juga bertindak sebagai platform bagi LADA dan pengamal media untuk saling mengenali dan bertukar pandangan terutamanya dalam mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama negara.