Bersempena ulang tahun penubuhan Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGG) yang ke-16, LADA telah menganjurkan Kejohanan Sepak Raga Tuju Terbuka Langkawi pada 30 September 2023, bertempat di Laman Jati, Kuah. Penganjuran kejohanan ini merupakan kerjasama pintar bersama Kelab Sepak Raga Buluh Long Jiwa (KEJIWA), Langkawi.

Seramai 64 pasukan bersama 380 peserta dari lima (5) buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan menyertai kejohanan ini.

Selain itu, seramai 240 orang peserta tambahan turut mengambil bahagian dalam permainan ‘mainan bulat’ secara terbuka pada petang tadi dan ia berjaya menyaksikan bahawa permainan Sepak Raga Tuju berjaya menyatukan pelbagai lapisan masyarakat selanjutnya menyemarakkan budaya permainan warisan ini!

Berikut adalah pemenang Kejohanan Sepak Raga Tuju Terbuka Langkawi 2023:

Johan: Proactive Langkawi
Naib Johan : Permata Langkawi
Ke-3 : Taman Rimba mergong
Ke- 4 : KL Titiwangsa
Ke-5 : BBM C
Ke-6 : BBM A
Ke-7 : Kulim 01
Ke-8 : Kulim 02

Majlis perasmian serta penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Cik Nordiana Nordin, Timbalan Pengurus Seksyen Geopark & Konservasi, Bahagian Pelancongan.

Tahniah kepada semua pemenang. Kepada yang kalah ingatlah! di setiap kekalahan selalu ada kemenangan yang menanti.

Kelab Sepak Raga Buluh Kuning Langkawi
#KarnivalLangkawiGeopark2023
#WarisanBudayaRakyat #SepakRagaTuju
#LangkawiUNESCOglobalgeopark
#langkawibestwey!