22 Ogos 2023, Langkawi – Sekitar sesi penyerahan surat sumbangan CSR LADA kepada SMK Mahsuri yang akan menganjurkan Program Peningkatan SPM 2023/2024 bagi melonjakkan prestasi akademik para pelajar.

Turut disampaikan penyerahan surat sumbangan bagi Program Penggantian Kerusi Kantin SMK Kelibang.

Penyerahan surat kepada wakil SMK Mahsuri dan SMK Kelibang disampaikan oleh Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA.

21 Ogos 2023, Langkawi – Sekitar sesi penyerahan sumbangan CSR LADA kepada Skuad Hoki Langkawi dan Kontinjen Catur ke MSSK yang ditunjangi pelajar SK Ulu Melaka dan sumbangan kepada Kontinjen Bola Jaring yang disampaikan oleh Team CSR dari Unit Khidmat Korporat LADA.

Turut disampaikan surat penyerahan sumbangan pembelian set PA Sistem kepada wakil Masjid Bohor Berendam.

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat memanfaatkan banyak pihak terutamanya komuniti setempat.

#TanggungjawabSosialKorporat
#CSRLADA