Langkawi Tourist Guide Association (LTGA) telah mengadakan program TG International Day Eco Walk pada 15 Februari 2023.

Seramai 100 peserta dari kalangan pemain industri Langkawi yang terdiri daripada pemandu pelancong, agensi kerajaan dan persatuan/NGO telah menyertai program ini sempena Tourist Guide Day 2023.

Semua peserta berjalan kaki bermula dari Dataran Zero KM hingga ke Tapak Pasar Malam Kuah Langkawi sejauh 5 km. Semua peserta program terlibat dengan aktiviti mengutip sampah di samping menyampaikan kempen kesedaran alam sekitar kepada penduduk Langkawi.

Program ini melabuhkan tirainya pada jam 12.30 tengahari setelah selesai sesi seminar bersama pihak Tourism Malaysia.

#naturallylangkawi
#langkawisejahtera
#LADAdanpelanconganlangkawi
#LADA #PejabatDaerah #TourismMalaysia