TOURISM TOWNHALL SESSION
Tarikh : 4 Disember 2019,
Masa : 2.30 Petang

Tempat : Auditorium Angkatan Pertahanan Awam Langkawi
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan sesi townhall dengan pemain industri pada 4 Disember 2019 (Rabu). Seramai 70 orang pemain industri, wakil jabatan dan badan bukan kerajaan (NGO) turut hadir dalam program ini.
Latar Belakang

Sesi townhall ini diadakan bertujuan mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan daripada pemain industri di Langkawi berkenaan isu dan cabaran berkaitan industri pelancongan di Langkawi seterusnya merangka inisiatif untuk perkembangan dan kemajuan sektor pelancongan Langkawi. Ia adalah program yang julung kali diadakan di Langkawi. Sesi townhall dimulakan pada jam 2.30 petang dengan ucapan aluan daripada YBhg. Dr. Hezri bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Setiap peserta telah diberikan masa selama 3 minit untuk membangkitkan sebarang isu dan memberi pandangan berkaitan industri pelancongan di Langkawi.
PENUTUP

Secara keseluruhannya sesi town hall ini telah mencapai objektif penganjurannya melalui penglibatan aktif daripada pemain industri pelancongan di Langkawi yang menghadiri program ini. Pandangan dan maklum balas yang diterima melalui program ini akan diteliti dan tindakan selanjutnya akan diambil bagi menangani segala masalah yang telah diutarakan.