Mendepani cabaran COVID-19, usahawan perniagaan pakaian di bazar Pekan Rabu, Langkawi, Encik Mohd Fairus bin Mohd Zuki kini beralih arah dan memberi tumpuan kepada bidang pertanian. Beliau kini mengusahakan tanaman tebu, jagung dan durian di atas tanah milik keluarga. Usaha beliau harus dipuji memandangkan tidak ramai individu mempunyai kegigihan dan kecekalan untuk menceburi sekor pertanian. Encik Mohd Fairus telah menerima bantuan memulakan perniagaan di bawah Peluang Ekonomi Baru (PEB), Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi (HELANG) LADA bagi menaik taraf sistem pengairan di tapak projek pertanian beliau. Diharapkan bantuan ini dapat membuahkan dan meningkatkan hasil tanaman beliau dengan lumayan.

#LangkawiBangkit
#UsahawanLangkawi
#PeluangEkonomiBaru
#PEB
#HELANG
#LADA
#KitaJagaLangkawi
#DemiLangkawi
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#PerangiCOVID19
#KitaSelamatkanLangkawi
#OrangLangkawi
#LangkawiLuarBiasa