Aktiviti LADA

PROGRAM ANTIRASUAH DAN SESI DIALOG BERSAMA SPRM

Program Antirasuah dan Sesi Dialog Bersama SPRM telah diadakan pada 17 Julai 2023, bertempat di Dewan Besar, Kompleks LADA. Program ini merupakan ‘smart-partnership’ LADA bersama pihak SPRM Negeri Kedah. Penceramah jemputan adalah Tuan Mohd Azfar Bin Johari, Penolong Penguasa daripada Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Kedah. Objektif pelaksanaan program ini untuk perkongsian ilmu dan pendedahan [...]

PROGRAM ANTIRASUAH DAN SESI DIALOG BERSAMA SPRM2023-08-14T15:23:19+08:00

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH LADA TAHUN 2023

Majlis Ikrar Bebas Rasuah LADA Tahun 2023 telah diadakan pada 17 Julai 2023 bertempat di Dewan Besar, Kompleks LADA. Majlis ini merupakan ‘smart-partnership’ LADA bersama pihak SPRM Negeri Kedah. Lafaz ikrar bebas rasuah telah diketuai oleh YBhg. Tuan Wan Kamarul Faisal Bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) merangkap Pemangku Ketua Pegawai [...]

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH LADA TAHUN 20232023-08-14T14:46:32+08:00

PROGRAM CSR AKRAB KEMENTERIAN KEWANGAN DI SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH, CHOW KIT, KUALA LUMPUR

13 Julai 2023 - Unit Pengurusan Psikologi, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Kementerian Kewangan Malaysia bertempat di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Chow Kit, Kuala Lumpur. LADA turut dijemput sebagai Ketua Fasilitator Kumpulan Sasaran Menengah Rendah untuk [...]

PROGRAM CSR AKRAB KEMENTERIAN KEWANGAN DI SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH, CHOW KIT, KUALA LUMPUR2023-08-03T14:31:52+08:00

PROGRAM PEMANTAPAN MAJLIS BERSAMA JABATAN PERWAKILAN MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) LADA SESI 2022/2023

Perwakilan MBJ LADA sesi 2022/2023 telah mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama Perwakilan MBJ Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah serta Perwakilan MBJ Sabah Tourism Board (STB) pada 9-12 Julai 2023 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Sesi perkongsian ilmu antara MBJ LADA dan MBJ JKM dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hajah Diyaanah Binti Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri [...]

PROGRAM PEMANTAPAN MAJLIS BERSAMA JABATAN PERWAKILAN MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) LADA SESI 2022/20232023-08-03T14:21:26+08:00

PROGRAM HARI KESEDARAN IT

Langkawi, 11 Julai 2023 – Bahagian Teknologi Maklumat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia, UUM dan Time dotCom telah mengadakan Program Hari Kesedaran IT bertempat di Auditorium, Kompleks LADA. Program ini bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang pada 11 Julai 2023. Sebagai agensi peneraju di Langkawi, program ini tidak terhad kepada kakitangan [...]

PROGRAM HARI KESEDARAN IT2023-08-03T14:14:51+08:00

PROGRAM PEMANTAPAN BIP LADA TAHUN 2023

INTURA, Sungai Petani, 8 Julai 2023 – Unit Integriti dengan kerjasama Unit Latihan dan Kompetensi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan Program Pemantapan BIP LADA bertempat di INTURA, Sungai Petani. Program ini disertai oleh 38 peserta dan telah diadakan selama tiga hari dua malam bermula pada 6 Julai 2023 hingga 8 Julai 2023. Program ini [...]

PROGRAM PEMANTAPAN BIP LADA TAHUN 20232023-08-03T14:12:01+08:00

LAWATAN DAN TAKLIMAT BAGI PROGRAM KAJIMATAN MAKTAB TURUS ANGKATAN TENTERA (MTAT)

Langkawi, 6 Julai 2023 - LADA telah menerima kunjungan 221 orang peserta Program Kajian Keselamatan (KAJIMATAN) yang terdiri daripada pegawai-pegawai tentera Darat, Laut, dan Udara, Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT). Seramai 33 orang pegawai tentera negara luar dari 19 buah negara turut menyertai program tersebut. Antara fokus kajian Program KAJIMATAN adalah peranan agensi-agensi kerajaan di [...]

LAWATAN DAN TAKLIMAT BAGI PROGRAM KAJIMATAN MAKTAB TURUS ANGKATAN TENTERA (MTAT)2023-08-03T11:33:47+08:00

KURSUS SENI URUS KEWANGAN

Langkawi, 05 Julai 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama pihak Agro Bank Cawangan Kuala Lumpur telah mengadakan Kursus Seni Urus Kewangan bertempat di Dewan Besar Kompleks LADA. Kursus ini telah disertai oleh seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada usahawan Langkawi, kakitangan LADA dan pelajar yang mengikuti bidang keusahawan dari Kolej Vokasional Langkawi. [...]

KURSUS SENI URUS KEWANGAN2023-08-03T10:49:39+08:00

LAWATAN KERJA SEKRETARIAT SABAH MAJU JAYA

Langkawi, 3 Julai 2023 - LADA telah menerima lawatan kerja dari Sekretariat Sabah Maju Jaya, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah yang ingin mendapatkan perkongsian berkenaan peranan LADA dalam pembangunan sektor pelancongan Langkawi. Bersempena dengan Misi Penilaian Semula Langkawi UNESCO Global Geopark, delegasi ini telah diberikan penerangan berkenaan keunikan geologi berusia ratusan juta tahun di [...]

LAWATAN KERJA SEKRETARIAT SABAH MAJU JAYA2023-07-13T11:56:09+08:00

LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ ANIS RIZANA BINTI MOHD ZAINUDIN

Lawatan kerja YBhg. Dato' Anis Rizana binti Mohd Zainudin Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) merangkap Pengerusi Bersama Lembaga Pengarah LADA pada 3-4 Julai 2023 ke tapak projek pelaburan dan produk komuniti di Langkawi.

LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ ANIS RIZANA BINTI MOHD ZAINUDIN2023-07-13T11:46:07+08:00
Go to Top