Sempena sambutan ulang tahun LADA yang ke-33, Bahagian Pelancongan Lembaga Pembangunan Langkawi bersama-sama Unit Khidmat Korporat telah menganjurkan aktiviti mingguan penanaman pokok bakau di Santuari Bakau, Langkawi Geopark Discovery Centre (GDC) yang baru dipulihkan.

Bersama-sama pasukan ini, kira-kira 40 pelajar dari kolej politeknik telah datang ke Langkawi UNESCO Global Geopark dan mengambil bahagian dalam usaha mengindahkan landskap bakau bagi memanjangkan jangka hayat ekosistem hutan bakau di pulau ini.

Para pelajar telah mengikuti sesi lawatan berpandu di GDC oleh Pegawai Geopark & Renjer dalaman dan telah berjaya menanam sekitar 165 benih pokok bakau yang kemudiannya akan ditanam di sekitar kawasan Kilim Karst Geoforest Park. Semaian bakau tersebut dapat menampung 3000 anak pokok bakau bagi program penanaman pada masa hadapan.

Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat!

#mangrove
#Geomangrove
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark
#LUGGp
#NaturallyLangkawi
#LangkawiBestWey