Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Pejabat Parlimen Langkawi telah menganjurkan Karnival Usahawan dan Biz-Francais Langkawi 2019. Karnival ini berlangsung selama 2 hari mulai 28 September 2019 hingga 29 September 2019 bertempat di Kompleks Pekan Rabu Langkawi.

Matlamat utama penganjuran karnival ini adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan mendekati peluang perniagaan francais serta penggunaan aplikasi digital di dalam perniagaan. Selain itu, karnival ini juga menjadi platform sebagai pemudahcara perniagaan yang bakal dijalankan pada masa hadapan. Tiga segmen telah di bawa di dalam

penganjuran karnival ini iaitu jualan produk usahawan tempatan, pameran oleh agensi serta seminar kepada usahawan dan bakal usahawan. Usaha sebegini memberikan impak positif kepada komuniti Langkawi terutamanya bagi meningkatkan ekonomi dan taraf hidup penduduk tempatan. Majlis perasmian Karnival Usahawan & Biz FRANCAIS Langkawi 2019 telah disempurnakan oleh YB Mohd Firdaus Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi & Multimedia, yang juga ADUN Kuah, Langkawi. Karnival ini merupakan salah satu program pembangunan komuniti yang telah dirancang dalam kalendar program komuniti LADA.