Langkawi, 18 Julai 2023 – LADA telah menerima lawatan kerja dari Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang ingin mendapatkan perkongsian berkenaan pengurusan aset Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Program selama dua hari ini dimulakan dengan sesi lawatan tapak di lokasi aset LADA iaitu Geopark Discovery Centre yang merupakan salah satu tarikan baharu pelancongan di Langkawi. Seterusnya delegasi telah dibawa melawat sekitar Kompleks Sukan Langkawi untuk melihat fasiliti-fasiliti sukan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Sesi perbincangan pada hari kedua dimulakan dengan perkongsian taklimat berkenaan fungsi jabatan yang disampaikan oleh Puan Nordiana Nordin, Pengurus Unit Khidmat Korporat, LADA. Pihak PDC turut diberikan taklimat berkenaan pengurusan aset LADA dan proses pembelian terus LADA yang disampaikan oleh wakil pegawai Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan, LADA iaitu Encik Muhammad Khairi bin Azizan dan Encik Mohd Syafiq bin Md Lani.

Lawatan ini diketuai oleh Puan Suzana binti Hassan, Pengurus Kanan, Bahagian Kewangan PDC.