Langkawi, 4 Julai 2023 – Penilai-penilai UNESCO Global Geopark telah dibawa melawat ke Program ‘Geopark to School’ di SK Kilim, Langkawi. Mereka juga telah menyaksikan persembahan kebudayaan oleh para pelajar dan melawat ke Geopark Corner, serta mendengar penerangan daripada ‘Geopark Junior Guide’ mengenai keunikan warisan geologi Langkawi yang dilatih untuk menyebarkan kesedaran menjaga alam sekitar.

Yang terakhir, penilai-penilai UNESCO tersebut telah dibawa melawat ke Galeri Geopark di Kompleks LADA. Penerangan berkaitan Langkawi UNESCO Global Geopark telah disampaikan oleh Dr. Azmil Munif Mohd Bukhari, Pengurus LUGGp, manakala Prof. Dr. Che Aziz Ali telah menyampaikan penerangan berkaitan Batuan di Langkawi kepada penilai-penilai tersebut.