Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri telah melancarkan Malaysia Package dengan kerjasama agensi pelancongan Al Rais Dubai pada 29 Disember 2021. Antara yang dilancarkan termasuk Pakej Pelancongan Langkawi International Travel Bubble yang dijual kepada pelancong antarabangsa. Turut serta ialah YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan Encik Azmil Munif bin Mohd Bukhari mewakili Bahagian Pelancongan LADA.

Selain itu, Malaysia Dinner dengan tema batik yang dianjurkan bersama wakil media dan ejen pelancongan antarabangsa turut menjadi sebahagian daripada pengisian ekspo ini. Sempena majlis ini, LADA turut menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis di samping turut mempromosikan Langkawi dengan demonstrasi batik dari pulau tersebut serta penghasilan origami daun kelapa.

#NaturallyLangkawi
#EcotourismWeek
#MalaysiaPavilion
#Expo2020Dubai
#LUGGp
#LADA