Lembaga Pembangunan Langkawi dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengadakan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia @De-Dagang (Lazada & Instantestore) dan Kursus Tik Tok Shop bertempat di Auditorium Kompleks LADA. Program ini yang melibatkan penyertaan seramai 87 orang usahawan Langkawi telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan dan Pengurusan) Lembaga Pembangunan Langkawi.

Program ini turut dikendalikan oleh tiga orang ahli panel jemputan iaitu YM Raja Azlan Shah, Ketua Jabatan Seller Incubation LAZADA, En. Charles Tang, Pengasas & Ketua Eksekutif InstanteStore dan Puan Nur Azre bin Abd. Aziz, Strategic Partnerships & Offline Events Lead, Tik Tok Shop. Aplikasi platform digital ini telah menjadi salah satu saluran pemasaran jenama dan produk yang utama pada masa kini. Program Jualan Murah Keluarga Malaysia @De-Dagang (Lazada & Instantestore) telah membantu usahawan yang mempunyai produk barangan buatan dan jenama Malaysia yang berpotensi untuk dipasarkan ke pasaran tempatan atau dieksport. Selain itu, produk pelancongan juga dapat dipromosikan menggunapakai platform digital tersebut.

Program ini turut menawarkan diskaun pembelian secara dalam talian, dikendalikan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan kerjasama 17 platform e-dagang terpilih dari luar negara dan tempatan seperti LAZADA, InstanteStore, Tik Tok Shop dan lain-lain. Sesuai dengan arus perkembangan teknologi, usahawan pada masa ini perlu mahir mengaplikasikan teknologi dalam perniagaan bagi meningkatkan pendapatan.

Diharapkan dengan penganjuran program ini dapat memberikan impak yang positif kepada para peserta dalam merangka kempen pemasaran yang menarik secara digital dan lebih berkesan untuk terus maju ke hadapan.

#kitajagalangkawi
#jomtambahilmu
#lada&usahawanlangkawi
#demilangkawi
#UsahawanLangkawi
#LADA