7 Jun 2020, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan sesi ‘engagement’ bersama Konsortium Ferryline Langkawi bagi membincangkan berkenaan pelan strategik bagi mempromosikan industri pelancongan Langkawi yang terjejas akibat daripada wabak Covid-19. Pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh pengusaha feri telah dibangkitkan terutamanya dari segi pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) oleh penumpang feri. Program seumpama ini merupakan pendekatan LADA untuk meningkatkan kerjasama dengan pemain industri pelancongan di Langkawi dalam mendepani pelbagai isu yang berkait industri pelancongan. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Dr. Hezri Bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif. Turut serta dalam program ialah Tuan Haji Zepri Bin Saad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan) serta pegawai daripada Bahagian Pelancongan. Sesi ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Aras 8, Kompleks LADA.