bicycle

About bicycle

This author has not yet filled in any details.
So far bicycle has created 1530 blog entries.

PELANCARAN INISIATIF PELANCONGAN SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA PULAU LANGKAWI SEBAGAI DESTINASI RINTIS PELANCONGAN DOMESTIK

Langkawi, 15 September 2021 – Kerajaan bersetuju untuk membuka semula sektor pelancongan Langkawi di bawah program gelembung pelancongan sebagai projek rintis negara bermula 16 September ini. Sebagai persediaan awal, LADA dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan melancarkan tiga inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan Langkawi (T-REC) 2021-2022 sempena pembukaan semula Langkawi. Menurut YBrs. Tuan Nasaruddin bin [...]

PELANCARAN INISIATIF PELANCONGAN SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA PULAU LANGKAWI SEBAGAI DESTINASI RINTIS PELANCONGAN DOMESTIK2022-09-19T11:32:30+08:00

NCER DAN LADA BERGANDING BAHU MEMBANTU INDUSTRI PELANCONGAN LANGKAWI

Langkawi, 14 September – Seiring dengan pelancaran projek rintis Gelembung Perjalanan Pelancongan Domestik Langkawi pada 16 September 2021 ini, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersama-sama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan Majlis Gerak Kerja Penggiat Industri Pelancongan Langkawi Bersama NCIA dan LADA Sempena Pembukaan Gelembung Perjalanan Pelancongan Domestik untuk memulihkan industri pelancongan domestik Langkawi. [...]

NCER DAN LADA BERGANDING BAHU MEMBANTU INDUSTRI PELANCONGAN LANGKAWI2021-09-22T09:59:17+08:00

PEMBERSIHAN AWAM SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA PELANCONGAN LANGKAWI (CUCI-CUCI LANGKAWI)

“Langkawi bersedia menerima kedatangan pelancong apabila pulau peranginan ini dibuka semula di bawah program gelembung pelancongan mulai 16 September ini,” kata Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Menyokong kenyataan YAB Perdana Menteri pada 2 September 2021 berkenaan pemilihan Pulau Langkawi sebagai destinasi rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan, LADA menganjurkan Pembersihan Awam [...]

PEMBERSIHAN AWAM SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA PELANCONGAN LANGKAWI (CUCI-CUCI LANGKAWI)2022-09-19T11:32:37+08:00

LADA RAIH ANUGERAH ‘HERITAGE ARTICLE’ DALAM PATA GOLD AWARDS 2021

Langkawi, 9 September 2021 – Lembaga Pembangunan Langkawi telah berjaya mengungguli kategori ‘Heritage Article’ (Artikel Warisan) dalam anugerah bertaraf antarabangsa Pacific Asia Travel Association (PATA) Gold Awards 2021. Kali ini, anugerah berprestij yang dianjurkan sejak 26 tahun yang lalu telah dilaksanakan secara maya pada 8 September 2021 dengan mengambil kira situasi penularan wabak COVID-19 di [...]

LADA RAIH ANUGERAH ‘HERITAGE ARTICLE’ DALAM PATA GOLD AWARDS 20212022-09-19T11:32:42+08:00

MELANGKAH KE DUNIA BARU – DARI BIDANG PELANCONGAN KE PENTERNAKAN ITIK

Puan Naemah binti Ismail merupakan antara pekerja industri pelancongan yang terjejas akibat wabak COVID-19. Namun begitu, beliau mengambil langkah berani dalam menceburi bidang baru demi menjana pendapatan keluarga melalui projek ternakan itik. Beliau bukan sahaja menjual telur dan daging itik segar, malah turut memproses sebahagian besar telur untuk dijadikan telur masin dan dipasarkan di kedai-kedai [...]

MELANGKAH KE DUNIA BARU – DARI BIDANG PELANCONGAN KE PENTERNAKAN ITIK2022-09-19T11:32:46+08:00

LADA SAMPAIKAN AMANAH BANTUAN KOTAK INFAQ REZEKI

Seramai 50 orang pemandu bas pelancong dan 50 orang pemandu pelancong menerima bantuan Kotak Infaq Rezeki. Sumbangan ini diterima oleh wakil kedua-dua persatuan di Kompleks LADA dan akan diagihkan kepada golongan yang terkesan dari segi sumber pendapatan. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA kepada wakil Persatuan [...]

LADA SAMPAIKAN AMANAH BANTUAN KOTAK INFAQ REZEKI2022-09-19T11:32:52+08:00

BAKUL PRIHATIN CSR LADA BANTU PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN SECARA BERPERINGKAT

Usaha menyantuni pemain industri pelancongan Langkawi diteruskan oleh LADA secara berperingkat bagi membantu mereka menghadapi cabaran wabak COVID-19. Kali ini seramai 46 orang pemandu bot pelancong yang beroperasi di Jeti Pelancongan Kuah telah menerima sumbangan Bakul Prihatin CSR LADA. Sesi sumbangan ini diselaraskan oleh Persatuan Pengusaha Bot Kuah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta [...]

BAKUL PRIHATIN CSR LADA BANTU PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN SECARA BERPERINGKAT2022-09-19T11:32:56+08:00

BANGKIT BERJUANG – DARI AWAN BIRU KE BUMI LANGKAWI

Bekas pramugara Encik Muhammad Firdaus bin Jamaludin telah bangkit menceburi bidang baru iaitu projek tanaman rock melon atau tembikai wangi secara fertigasi sejak pandemik COVID-19 melanda dunia. Tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pertanian bukanlah menjadi alasan untuk beliau berputus asa. Malah, beliau tekad untuk bangkit dan mencari ilmu dengan mendalami Kursus Pengurusan Tanaman Fertigasi Rock [...]

BANGKIT BERJUANG – DARI AWAN BIRU KE BUMI LANGKAWI2022-09-19T11:32:59+08:00

LANGKAWI PERKENAL SIJIL PEMATUHAN SOP COVID-19 KEPADA PREMIS PELANCONGAN MELALUI KEMPEN MYSAFE LANGKAWI

Langkawi, 23 Ogos 2021 – Bagi memastikan produk pelancongan mematuhi SOP COVID-19 secara optimum, Langkawi memperkenalkan Pensijilan Pematuhan SOP COVID-19 yang akan disertai secara sukarela oleh enam (6) segmen perniagaan dalam industri pelancongan iaitu hotel dan resort, makanan dan minuman (F&B), penginapan, peruncitan, agensi pelancongan dan tarikan pelancongan. Pensijilan ini diterajui oleh LADA dengan kerjasama [...]

LANGKAWI PERKENAL SIJIL PEMATUHAN SOP COVID-19 KEPADA PREMIS PELANCONGAN MELALUI KEMPEN MYSAFE LANGKAWI2022-09-19T11:33:04+08:00

USAHAWAN TUAI PENDAPATAN HASIL BERBUDI KEPADA TANAH

Mendepani cabaran COVID-19, usahawan perniagaan pakaian di bazar Pekan Rabu, Langkawi, Encik Mohd Fairus bin Mohd Zuki kini beralih arah dan memberi tumpuan kepada bidang pertanian. Beliau kini mengusahakan tanaman tebu, jagung dan durian di atas tanah milik keluarga. Usaha beliau harus dipuji memandangkan tidak ramai individu mempunyai kegigihan dan kecekalan untuk menceburi sekor pertanian. [...]

USAHAWAN TUAI PENDAPATAN HASIL BERBUDI KEPADA TANAH2021-09-08T08:04:28+08:00
Go to Top