bicycle

About bicycle

This author has not yet filled in any details.
So far bicycle has created 1530 blog entries.

PULAU LANGKAWI DIJANGKA BAKAL JANA PENDAPATAN MELALUI KEMPEN LANGKAWI GREAT SALE 2021

Langkawi, 10 Oktober 2021 – Kempen ‘Langkawi Great Sale 2021’ telah dilancarkan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri pada hari ini. Kempen ini melibatkan premis-premis perniagaan daripada tiga (3) kategori iaitu kedai bebas cukai [...]

PULAU LANGKAWI DIJANGKA BAKAL JANA PENDAPATAN MELALUI KEMPEN LANGKAWI GREAT SALE 20212022-09-19T11:31:20+08:00

LAWATAN KERJA SUK KEDAH KE PULAU TUBA

Langkawi, 8 Oktober 2021 – Satu lawatan kerja oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim ke Pulau Tuba telah diadakan pada hari ini. Objektif lawatan ini adalah bagi meninjau kerja baik pulih dan naik taraf Jeti Teluk Bujur yang sedang dilaksanakan oleh LADA di pulau tersebut. Projek yang [...]

LAWATAN KERJA SUK KEDAH KE PULAU TUBA2022-09-19T11:31:23+08:00

PROGRAM BUAL BICARA USAHAWAN DIGITAL – PENAMPILAN ISTIMEWA KHAIRUL AMING

Pada 30 September 2021, satu Program Bual Bicara Usahawan anjuran LADA melalui Bahagian Pelaburan dan Pemudah Cara Perniagaan telah diadakan dengan jayanya. Program dengan penampilan khas saudara Khairul Aming ini melibatkan penyertaan seramai hampir 200 orang peserta yang juga merupakan usahawan dari dalam dan luar Langkawi. Penganjuran program ini adalah sebahagian daripada usaha yang diambil [...]

PROGRAM BUAL BICARA USAHAWAN DIGITAL – PENAMPILAN ISTIMEWA KHAIRUL AMING2022-09-19T11:31:27+08:00

MENEROKA PELUANG EKONOMI BARU

Encik Megat Radhi bin Azizan yang berusia 32 tahun adalah antara penggiat industri pelancongan Langkawi yang berani menceburi bidang perniagaan baru. Pengusaha agensi pengembaraan ini kini sedang berusaha memperbaiki menceburi bidang ternakan lobster air tawar di bawah Pelan HELANG LADA. “Pada mulanya saya tidak menyangka bahawa saya mampu melibatkan diri dalam bidang akuakultur. Walaupun perniagaan [...]

MENEROKA PELUANG EKONOMI BARU2022-09-19T11:31:31+08:00

PROGRAM ‘GATHERING OF GEOPARKIANS’ SEMPENA HARI PELANCONGAN SEDUNIA 2021

Langkawi, 27 September 2021 – Lembaga Pembangunan Langkawi melalui Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) dalam satu lagi inisiatif untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan Pulau Langkawi hari ini telah mengadakan Program ‘Gathering of Geoparkians’ sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2021. Program yang dianjurkan di Dash Resort Langkawi ini melibatkan kira-kira 200 orang peserta yang terdiri daripada [...]

PROGRAM ‘GATHERING OF GEOPARKIANS’ SEMPENA HARI PELANCONGAN SEDUNIA 20212022-09-19T11:31:34+08:00

PROGRAM JELAJAH YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN 1 KE LANGKAWI SEMPENA PENYEDIAAN BAJET 2022

Pada 24 September 2021, YB Tuan Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan 1 telah turun padang bagi bersua muka dan mendapatkan maklum balas daripada komuniti Langkawi untuk penyediaan Bajet 2022. Bajet 2022 dijangka akan dibentangkan kepada parlimen pada 29 Oktober 2021. Pelbagai sesi libat urus dan program jelajah telah diatur supaya maklumat yang diperoleh [...]

PROGRAM JELAJAH YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN 1 KE LANGKAWI SEMPENA PENYEDIAAN BAJET 20222022-09-19T11:31:38+08:00

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN CADANGAN PEMBANGUNAN LANGKAWI PREMIUM OUTLET ANTARA BDB, BDBMBI DAN LADA

Kuala Lumpur, 21 September 2021 - Majlis Menandatangani Perjanjian Cadangan Pembangunan Langkawi Premium Outlet antara BDB, BDBMBI dan LADA telah diadakan hari ini di Dewan Hasil, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis ini disaksikan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz [...]

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN CADANGAN PEMBANGUNAN LANGKAWI PREMIUM OUTLET ANTARA BDB, BDBMBI DAN LADA2022-09-19T11:31:44+08:00

MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN LEMBAGA PENGARAH LADA

Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Lembaga Pengarah LADA telah diadakan hari ini di Bougainvillea Hall, Hotel Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Haji Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) di Jabatan Perdana Menteri bersama YBhg. Dato' Suhara binti Salleh, Timbalan Pengarah Belanjawan Negara (Perkhidmatan Am) di Kementerian Kewangan dan [...]

MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN LEMBAGA PENGARAH LADA2022-09-19T11:32:13+08:00

PEMBUKAAN SEMULA LANGKAWI – KETIBAAN PELAWAT DI JETI PENUMPANG KUAH PADA 16 SEPTEMBER 2021

Seramai 709 orang pelawat dianggarkan telah tiba di Langkawi hari ini melalui Jeti Penumpang Kuah dengan menaiki tiga buah feri. Feri pertama tiba dengan jumlah penumpang seramai 86 orang, manakala feri kedua dengan jumlah penumpang seramai 290 orang disambut oleh YAB Menteri Besar Kedah, YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta YBrs. Ketua Pegawai Eksekutif [...]

PEMBUKAAN SEMULA LANGKAWI – KETIBAAN PELAWAT DI JETI PENUMPANG KUAH PADA 16 SEPTEMBER 20212022-09-19T11:32:20+08:00

LANGKAWI SEDIA MENERIMA PELANCONG DOMESTIK MULAI 16 SEPTEMBER 2021

Langkawi, 16 September 2021 – Langkawi mencipta sejarah sebagai destinasi pelancongan pertama yang dibuka bagi menerima ketibaan pelancong domestik di bawah program gelembung pelancongan (travel bubble) negara. Penerbangan pesawat MH1432 jenis Boeing 737-800 milik Syarikat Malaysia Airlines dengan kapasiti penumpang sebanyak 159 orang antara yang pertama membawa pelancong dari Kuala Lumpur ke Langkawi. “Ini adalah [...]

LANGKAWI SEDIA MENERIMA PELANCONG DOMESTIK MULAI 16 SEPTEMBER 20212022-09-19T11:32:25+08:00
Go to Top