Apakah itu rasuah?

Secara umum, rasuah merupakan perbuatan memberi atau menerima sesuatu suapan berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan sesuatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu. Contoh: Seorang kontraktor memberikan hadiah berbentuk jam tangan berharga kepada seorang pegawai awam bagi meluluskan projek syarikat kontraktor tersebut.

2021-08-24T08:29:43+08:0021 Julai 2021||

Adakah suapan rasuah hanya berbentuk wang sahaja?

Secara umumnya, rasuah merupakan suatu perbuatan sama ada memberi atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu. Contoh: Seorang kontraktor memberikan hadiah berbentuk jam tangan berharga kepada seorang Pegawai Awam bagi meluluskan projek kepada syarikatnya. [...]

2021-07-22T11:06:56+08:0020 Julai 2021||

Apakah kesalahan mengemukakan tuntutan palsu? [Seksyen 18 ASPRM 2009]

Pegawai Awam atau anggota Pentadbiran Kerajaan menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan. Contoh: Pegawai Awam membuat tuntutan palsu kerja lebih masa dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau 5 kali nilai suapan mana-mana yang lebih [...]

2021-07-25T10:32:59+08:0018 Julai 2021||

Apakah kesalahan Meminta/Menerima Rasuah? [Seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima satu suapan sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara. Contoh: Seorang Pegawai Awam dituduh meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor berkaitan projek pembangunan di tanah milik kerajaan seluas lebih kurang 10 ekar. Sebagai balasan, beliau menjanjikan proses kelulusan dan bantuan dalam kelicinan perjalanan projek tersebut. [...]

2021-07-25T10:33:09+08:0018 Julai 2021||

Apakah kesalahan salah guna kuasa? [Seksyen 23 ASPRM 2009]

Pegawai Awam atau anggota Pentadbiran Kerajaan menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan. Contoh: Pegawai Awam menggunakan jawatan dan kedudukannya untuk meluluskan tender Kerajaan dengan balasan Pegawai tersebut akan mendapat sejumlah wang suapan daripada pihak kontraktor yang merupakan saudaranya. [...]

2021-07-25T10:33:16+08:0017 Julai 2021||

Di dalam pemilihan melalui tender, adalah jelas tentang peraturan pengisytiharan dan keluar daripada mesyuarat pemilihan jika seseorang pegawai yang terlibat itu mempunyai kepentingan. Bagaimana pula dengan masalah pemilihan melalui proses sebutharga?

Di dalam pemilihan melalui sebutharga, peraturan-peraturan seperti dalam pemilihan tender juga perlu dipatuhi. Sekiranya seseorang Pegawai itu mengetahui bahawa ada sebutharga yang dikemukakan kepadanya adalah terdiri dari orang yang mempunyai kepentingan dengannya, maka hendaklah beliau mengisytiharkan diri dan membiarkan keputusan pemilihan dilakukan oleh orang lain. (Rujuk AKPE Bilangan 3 Tahun 2021: Polisi Pengurusan Percanggahan [...]

2021-07-25T10:33:26+08:0016 Julai 2021||

Go to Top