KURSUS ASAS CANVA SIRI 1
Langkawi, 04 April 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan Kursus Asas Canva bertempat di Ruang Daya Cipta, Kompleks LADA. Kursus ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Langkawi Tourism Academy@ Kolej Komuniti iaitu Puan Noorhanani Binti Harun. Kursus ini telah disertai oleh seramai 18 orang yang terdiri daripada kakitangan LADA dan usahawan Langkawi. [...]

















